YOK BP CRUISE
9:00 am - 6:00 pm
Rabu - Ahad
Isnin & Selasa (Cuti)
Jeti Yok BP Cruise, Jalan Shahbandar, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi talian hotline kami di
Kategori | Harga | Promosi |
---|---|---|
Bukan Warganegara | RM 30 | - |
OKU | Percuma | - |
Warga Emas | RM 15 | - |
Kanak-kanak | RM 15 | - |
Dewasa | RM 20 | - |
*Kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah adalah percuma

Yok BP Cruise adalah salah satu inisiatif daripada Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) yang bertujuan untuk memperkenalkan dan menghargai keindahan alam semula jadi serta warisan budaya di Batu Pahat. Dilancarkan secara rasmi oleh Tuan Hj. Zainor bin Adiani pada 16 September 2024, Yok BP Cruise telah beroperasi sepenuhnya sejak 11 Oktober 2024 sebagai perkhidmatan pelayaran pertama di Batu Pahat.
​
Pengunjung berpeluang menyaksikan mercu tanda istimewa seperti Pelabuhan Batu Pahat, Bangunan Kelab Lama Jepun, Tokong Si Hai Long Wang, serta zon paya bakau, semuanya dari sudut pandang unik di atas air. Kini, Yok BP Cruise turut menawarkan pakej menarik "Layar Seri," iaitu pakej senja di mana pelanggan boleh menyewa kapal persendirian untuk acara peribadi sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.
